Islamic Widget

sekapur sirih ke website

menu

Jumaat, 17 Disember 2010

cabaran berbasikal




1.0       PENDAHULUAN
Program Cabaran Kecergasan merupakan merupakan satu aktivitI berbentuk karnival yang dianjurkan oleh C3intergroup,Rukun Tetangga Taman Cempakasari 3. Bagi aktiviti tahun 2010 ini program jelajah berbasikal telah dipilih sebagai permulaan dan program seterusnya akan  dirancang bagi mengisi program tahun 2011

2.0       NAMA & TEMA PROGRAM


3.0       MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk  memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap peserta. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat memupuk persaudaraan dalam masyarakat. Ia juga sebagai satu cara pendekatan bagi mengatasi gejala sosial dalam  komuniti dengan mempelbagaikan aktiviti.

 Di samping itu, semua peserta perlu diterapkan agar sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

4.0       OBJEKTIF
1.     Memupuk semangat bekerjasama antara peserta serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
2.     Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
3.     Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
4.     Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
5.     Bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan..
6.     Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
7.     Pendedahan pada aspek keselamatan jalanraya
8.     Menyelami permasalahan dalam menagani gejala sosial yang melibatkan golongan remaja kini.



JADUAL PROGRAM CABARAN KECERGASAN ( BERBASIKAL ) DARI TAMAN CEMPAKASARI 3 KE PANTAI REMIS, JERAM, KUALA SELANGOR

Aturcara majlis :-

          07.00 pagi               :Pendaftaran dan sarapan pagi
          07.30 pagi               :Taklimat ringkas
          07.45 pagi               :Ketibaan VIP dan jemputan
          07.56 pagi               :Bacaan doa
          08.00 pagi               :Perasmian acara dan melepaskan peserta oleh 
                                          pegawai PPNDK
          10.00 pagi               :Ketibaan peserta di Pantai Remis,Jeram,Kuala selangor
          10.30 pagi               :Rehat
          11.00 pagi               :Taklimat Keselamatan Jalanraya oleh pegawai 
                                          keselamatan dan permulaan aktiviti (mini sport)
          12.30 T.hari             :Rehat (solat Zohor / makan tengah hari)
          01.45 petang           :Motivasi kekeluargaan oleh pegawai motivasi
          02.15 petang           :Aktiviti (mini sport)
          03.45 petang           :Rehat (persiapan untuk pulang)
          04.00 petang           :Perlepasan balik peserta ke Taman Cempakasari 3
          06.00 petang           :Ketibaan peserta
          06.30 petang           :Majlis penutup olehY.B. Dato’ Abdul Rahman bin Hj. Palil
                                        -penyampaian cenderahati
                                        -minum petang
                                        -Bersurai

19/12/2010 - "JOM BERBASIKAL" adalah tema bagi Program Cabaran Kecergasan 2010 
yang telah diadakan diperkarangan Balai Masyarakat Taman Cempakasari 3.Program anjuran 
bersama C3intergroup dan KRT Taman Cempakasari 3 ini berkonsepkan riadah dan santai  
telah menarik seramai 30 orang peserta untuk menyertai program tersebut yang kebanyakan 
terdiri daripada kalangan pelajar peringkat rendah dan menengah sempena cuti sekolah yang
akan berakhir pada penghujung bulan ini.

Perasmian dan perlepasan peserta berbasikal telah disempurnakan oleh pegawai PPNDK 
daerah Klang dan seterusnya peserta akan bergerak sejauh 24 km menuju ke Pantai
Remis,Jeram.Pelbagai aktiviti sukaneka dan riadah telah diadakan untuk mengisi jadual 
program sepanjang berada di kawasan pantai.Selain itu terdapat juga antara kalangan 
ibubapa yang hadir turut serta menyertai dan
 memeriahkan lagi aturcara yang telah diaturkan.

Para peserta telah berangkat pulang pada jam 3.00 petang dengan diiringi oleh jawatankuasa
keselamatan yang telah dilantik.Para peserta telah tiba diperkarangan Balai Masyarakat Taman
Cempakasari 3 pada jam 5.00 petang dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh 
Y.B. Dato’ Abdul Rahman bin Hj. Palil.