Islamic Widget

sekapur sirih ke website

menu

Isnin, 19 Julai 2010

laporan ringkas mesyuarat KRT kali-1

KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN CEMPAKASARI FASA III,KLANG
D/A : NO 6 JALAN SG PULOH 8
TAMAN CEMPAKASARI 3
42100 KAPAR,KLANG,SELANGOR DARUL EHSAN


Ruj kami : 01 dlm /SRS/KRT/TCS III/BIRO/10-12
Tarikh : 01hb Julai 2010



AJK KESELAMATAN SRS
KRT TAMAN CEMPAKASARI III
BATU 4 , JALAN HAJI SIRAT OFF JALAN KAPAR
42100 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AJK KESELAMATAN SRS DAN SUAI KENAL

Merujuk perkara diatas ,

Sukacita dimaklumkan bbahawa AJK keselamatan SRS akan mengadakan majlis suai kenal
dengan AJK baru bagi sesi 2010-2012 pada :

Tarikh :03 Julai 2010 (sabtu)
Masa :9.00 malam
Tempat :Balai masayarakat TCS III

Sehubungan dengan itu semua ahli jawatankuasa dikehendaki menghadirkan diri pada majlis berkenaan .

Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amatlah dihargai

Sekian terima kasih



Yang menjalankan tugas


………………………………
(MAHYUDDIN BIN SAIRI)
Setiausaha KRT


Ahli jawatankuasa SRS/KRT


Pengerusi : En.Sukar bin Dollah
T/Pengerusi : En.Mohd zaki bin Mohamad Yusof
Setiausaha : En.Mahyuddin bin Sairi
Bendahari : Pn.Zubaidah binti Ariffin
Ahli jawatankuasa : En.Misni bin Jasmin
: En.Jamil bin Abd Karim
: En.Mohamad Haikal bin Omar Baki
: En.Raja Sharul Nizam bin Raja Jumaat
: En.Mohd Firdaus bin Hasan
: En.Md Ali bin Hashim
: Pn.Zahiyah binti Baihi
: Pn.Ruzana binti Muhamad
: Pn.Hjh Radiah binti Hasbullah
: En.Ehsan bin Ahmad
: En.Mohd Nursyafiq bin Abd Karim

Waktu tugasan rondaan SRS

• Dua kali seminggu ( Jumaat & Sabtu )
• Bermula jam 12:00 tgh mlm hingga 4:00 pagi
• Waktu bertugas bagi bulan Ramadhan adalah seperti biasa

Cadangan & usul

• Ahli yang tidak bertugas pada minggu berkenaan dialu-alukan untuk hadir dan turut serta dalam menjalankan aktiviti berkenaan
• Taklimat da penerangan ringkas diberikan sebelum petugas menjalankan tugas
• Ahli wanita diminta menjadi mata dan telinga kala siang hari
• Mengadakan aktiviti setiap sebulan sekali atau 3 bulan sekali bagi memeriahkan lagi jalinan akrab masyarakat setempat

Tuntutan

• Peruntukan sebanyak RM 1700 untuk Biro Keselamatan SRS dalam setahun bagi perbelanjaan peralatan dan makan/minum petugas.
• Elaun setiausaha sebanyak RM 800 urusan berbelanjaan alat tulis,computer,fotocopy,penghantaran notis tugas dan penghantaran notis mesyuarat.
• Memeriksa semula peralatan bertugas seperti lampu suluh,pas bertugas dan lain-lain dalam keadaan baik dan sempurna (eventory)

Lain-lain hal

• Kesan dimana lokasi remaja taman berkumpul
• Ambil tindakan terhadap remaja/individu yang ingkar arahan petugas SRS
• Lakukan operasi membenteras kegiatan kurang sihat remaja

Ahad, 18 Julai 2010

SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) musim ke-3 2010-2012

Sabtu-17 Julai 2010 - SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) musim ke-3 2010-2012 telah pun bermula dengan kehadiran seramai 13 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa rukun tetangga taman cempakasari fasa 3.Rondaan ini diadakan setiap hari Jumaat malam sabtu (awal pagi sabtu) dan juga Sabtu malam Ahad (awal pagi Ahad) bermula dari jam 12:00 am hingga 4:00 am tahniah diucapkan pada mereka walau pun hujan turun pada jam 12:15 am namun tetap tidak melemahkan semangat demi menjaga keselamatan penduduk setempat.Jadual dan notis panggilan bertugas secara bergilir akan diedarkan pada setiap rumah mengikut giliran,diharapkan penduduk dapat memberikan kerjasama dan hadir bagi menjayakan program ini demi kesejahteraan umum.