1.0 PENDAHULUAN
Program Cabaran Kecergasan merupakan merupakan satu aktivitI berbentuk karnival yang dianjurkan oleh C3intergroup,Rukun Tetangga Taman Cempakasari 3. Bagi aktiviti tahun 2010 ini program jelajah berbasikal telah dipilih sebagai permulaan dan program seterusnya akan dirancang bagi mengisi program tahun 2011
2.0 NAMA & TEMA PROGRAM
3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap peserta. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat memupuk persaudaraan dalam masyarakat. Ia juga sebagai satu cara pendekatan bagi mengatasi gejala sosial dalam komuniti dengan mempelbagaikan aktiviti.
Di samping itu, semua peserta perlu diterapkan agar sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
4.0 OBJEKTIF
1. Memupuk semangat bekerjasama antara peserta serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
2. Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
3. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
5. Bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan..
6. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
7. Pendedahan pada aspek keselamatan jalanraya
8. Menyelami permasalahan dalam menagani gejala sosial yang melibatkan golongan remaja kini.
JADUAL PROGRAM CABARAN KECERGASAN ( BERBASIKAL ) DARI TAMAN CEMPAKASARI 3 KE PANTAI REMIS, JERAM, KUALA SELANGOR
Aturcara majlis :-
07.00 pagi :Pendaftaran dan sarapan pagi
07.30 pagi :Taklimat ringkas
07.45 pagi :Ketibaan VIP dan jemputan
07.56 pagi :Bacaan doa
08.00 pagi :Perasmian acara dan melepaskan peserta oleh
pegawai PPNDK
10.00 pagi :Ketibaan peserta di Pantai Remis,Jeram,Kuala selangor
10.30 pagi :Rehat
11.00 pagi :Taklimat Keselamatan Jalanraya oleh pegawai
keselamatan dan permulaan aktiviti (mini sport)
12.30 T.hari :Rehat (solat Zohor / makan tengah hari)
01.45 petang :Motivasi kekeluargaan oleh pegawai motivasi
02.15 petang :Aktiviti (mini sport)
03.45 petang :Rehat (persiapan untuk pulang)
04.00 petang :Perlepasan balik peserta ke Taman Cempakasari 3
06.00 petang :Ketibaan peserta
06.30 petang :Majlis penutup olehY.B. Dato’ Abdul Rahman bin Hj. Palil
-penyampaian cenderahati
-minum petang
-Bersurai
19/12/2010 - "JOM BERBASIKAL" adalah tema bagi Program Cabaran Kecergasan 2010
yang telah diadakan diperkarangan Balai Masyarakat Taman Cempakasari 3.Program anjuran
bersama C3intergroup dan KRT Taman Cempakasari 3 ini berkonsepkan riadah dan santai
telah menarik seramai 30 orang peserta untuk menyertai program tersebut yang kebanyakan
terdiri daripada kalangan pelajar peringkat rendah dan menengah sempena cuti sekolah yang
akan berakhir pada penghujung bulan ini.
Perasmian dan perlepasan peserta berbasikal telah disempurnakan oleh pegawai PPNDK
daerah Klang dan seterusnya peserta akan bergerak sejauh 24 km menuju ke Pantai
Remis,Jeram.Pelbagai aktiviti sukaneka dan riadah telah diadakan untuk mengisi jadual
program sepanjang berada di kawasan pantai.Selain itu terdapat juga antara kalangan
ibubapa yang hadir turut serta menyertai dan
memeriahkan lagi aturcara yang telah diaturkan.
Para peserta telah berangkat pulang pada jam 3.00 petang dengan diiringi oleh jawatankuasa
keselamatan yang telah dilantik.Para peserta telah tiba diperkarangan Balai Masyarakat Taman
Cempakasari 3 pada jam 5.00 petang dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh
Y.B. Dato’ Abdul Rahman bin Hj. Palil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan